Webinar Nadi X Wellbeing – Gula Naik Masa Mengandung – Bahaya Ke?? | W098
15 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Gula Naik Masa Mengandung – Bahaya Ke?? | W098 secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Dr Mumtazah Binti Mohd Alauddin Pakar Sakit Puan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Webinar NADI x Wellbeing – “Gula Naik Masa Mengandung – Bahaya Ke??” dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran ibu mengandung tentang risiko gula darah tinggi semasa kehamilan. Program ini memberi pendedahan mengenai simptom awal, langkah pencegahan, serta rawatan yang selamat bagi mengawal paras gula darah, sekaligus mengurangkan risiko komplikasi terhadap ibu dan bayi. Melalui perkongsian pakar kesihatan dan nutrisi, peserta dapat memahami kepentingan pemantauan gula darah, pemakanan seimbang, serta gaya hidup sihat sepanjang kehamilan. Webinar ini bukan sahaja membantu ibu menjaga kesihatan diri dan bayi, tetapi juga meningkatkan literasi kesihatan serta kesedaran untuk mengambil langkah proaktif dalam mengelakkan masalah jangka panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: